Assalamualaikum ..
Pihak penganjur Larian Amal Run To Gain telah menyediakan panduan kod serta etika pemakaian yang perlu dipatuhi oleh semua peserta Run To Gain 2014 . Kami sangat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak ! :) Sama-sama kita jayakan program amal ini! Terima kasih .. :)
To Give Is To Gain !!
KOD DAN ETIKA PROGRAM LARIAN AMAL GEMA
AMAL INSAN (GAIN) 2013/2014
1) Peserta
perlu memakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti larian.
2) Peserta
dilarang untuk memakai selipar, seluar jeans atau seluar pendek di atas paras
lutut.
3) Peserta
hendaklah memakai nombor peserta yang disediakan semasa aktiviti larian.
4) Peserta
hendaklah berlari setelah isyarat dan arahan diberikan oleh perasmi.
5) Peserta
tidak dibenarkan untuk menghalang peserta lain atau cuba merempuh peserta lain
ketika sama- sama berlari.
6) Peserta
hendaklah berlari mengikut jarak larian atau trek yang telah ditetapkan dan
peserta dilarang untuk menggunakan jalan pintas untuk segera tiba di garisan
penamat.
7) Peserta
hendaklah menamatkan larian dengan melepasi garisan penamat yang disediakan.