Monday, 24 February 2014

KOD DAN ETIKA PROGRAM LARIAN AMAL RUN TO GAIN 2014


Assalamualaikum ..

Pihak penganjur Larian Amal Run To Gain telah menyediakan panduan kod serta etika pemakaian yang perlu dipatuhi oleh semua peserta Run To Gain 2014 . Kami sangat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak ! :) Sama-sama kita jayakan program amal ini! Terima kasih .. :) 

To Give Is To Gain !!


KOD DAN ETIKA PROGRAM LARIAN AMAL GEMA AMAL INSAN (GAIN) 2013/2014

1)      Peserta perlu memakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti larian.
2)      Peserta dilarang untuk memakai selipar, seluar jeans atau seluar pendek di atas paras lutut.
3)      Peserta hendaklah memakai nombor peserta yang disediakan semasa aktiviti larian.
4)      Peserta hendaklah berlari setelah isyarat dan arahan diberikan oleh perasmi.
5)      Peserta tidak dibenarkan untuk menghalang peserta lain atau cuba merempuh peserta lain ketika sama- sama berlari.
6)      Peserta hendaklah berlari mengikut jarak larian atau trek yang telah ditetapkan dan peserta dilarang untuk menggunakan jalan pintas untuk segera tiba di garisan penamat.
7)      Peserta hendaklah menamatkan larian dengan melepasi garisan penamat yang disediakan.